Thursday, 30 October 2014

Theatre of Tragedy - Album Utama Lengkap!

Sudah sekian lama aku inda update ini blog. Al maklumlah, aku pun sibuk jua kebelakangan ni dengan kerjaya dan kehidupan. Jadi pada hari Jumaat yang mulia lagi diberkati ini, aku akan cuba sedaya upaya untuk mengemaskini sebahagian dari barangan tegahan untuk dikongsikan sesama kita.
Koleksi album Theatre of Tragedy sekarang telah lengkap! Hehe
Theatre of Tragedy adalah antara kumpulan Gothic / doom yang cukup aku minati. Jadi inda hairanlah kalau aku berusaha sedaya upaya untuk mengumpul albums keluaran mereka semampu mungkin. Nah, sekarang lengkaplah sudah himpunan album utama kumpulan ani, termasuk satu DVD concert terakhir mereka yang cukup menyayat hati; pasal sekian lama mendengar dan meminati Theatre of Tragedy, memang sukar dipercayai mereka ni akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah selama lamanya.

Musique dalam bentuk digipak cd. Keluaran terhad istimewa Nuclear Blast
Album 'Musique' ni bukanlah yang terbaik dari Theatre, tapi sebagai pelengkap koleksi, album ni pun harus dimiliki oleh die hard fan, macam aku la haha.. Dengan Musique, ToT berubah arah secara drastic hingga menaikkan kemarahan dikalangan peminat peminat setia mereka, sehingga ada yang cuba boycott ToT atas alasan mereka inda lagi "trve". Sebenarnya album ni adalah yang terakhir ku miliki dalam usaha melengkapkan koleksi Theatre of Tragedy ku. Aku terpaksa beli cd ni dari seorang saudagar alam maya di Turkey! Punyalah jauh. Al kisah, bulan lepas aku cuba mencari Musique di eBay. Tiba tiba ada seller ni upload album yang ku cari dan sesiapa berminat dimestikan membuat tawaran harga. Tawar punya tawar, dan disebabkan aku saja seorang yang menawar, maka akhirnya aku jualah yang menang tawaran. Punyalah gumbira inda terkata aku dibuatnya kerana sudah jenuh aku mencarinya, tapi kini berjumpa jua. Macam sepasang kekasih yang sekian lama terpisah, akhirnya bertemu jua hahaha.

No comments:

Post a Comment