Thursday, 30 October 2014

Crossfade - Crossfade [Limited DualDisc edition]

Yep. Aku memang minat modern alternative rock. Atu sedikit sebanyak memang aku inda nafikan sebab citarasaku inda terhad kepada satu genre saja. Okay, yang ni aku ada gembira bercampur inda puas hati sikitlah. Kenapa? Pasal, satunya seller eBay tu jual tanpa meliatkan gambar sebenar album ni. Sudah sampai, punyalah garit ia punya cd / DVD macam kena kakai kucing! Jadi aku pejam mata sajalah, masukkan dalam tray DVD laptop ku. Nasib jua masih dapat dimain, kalau inda rugilah aku.

Crossfade dalam bentuk DualDisc; satu side CD, sebelahnya DVD+surround audio. Cukup rare!
Crossfade ni boleh dikira "one hit wonder" la sebab album sulung mereka ni yang membuatkan mereka begitu terkenal di sebelah America dan Europe. Aku pun kurang pasti berapa orang yang benar benar minat kumpulan ani di kawasan Southeast Asia, mungkin aku adalah salah seorang dari beberapa individu terpencil yang ada membeli album asli Crossfade. Single pertama yang aku dengar dari band ni adalah "Cold" yang liriknya penuh dengan permohonan maaf (What I really meant to say, is I'm sorry for the way, I am; I never meant to be so cold, I never meant to be so cold). Pada masa atu, kumpulan ani memainkan music rock arus perdana yang bagi ku sedikit berlainan dari kumpulan kumpulan seangkatan yang terkenal seperti 3 Doors Down, Puddle of Mudd, Deftones dan Staind. Boleh dikatakan sedikit berat dari segi guitar distortion dan melody pun cukup creative. Kebanyakan lagunya melekat dikepala haha.. Selain dari "Cold", lagu lagu kegemaran ku dari album ani termasuk "Starless", "So Far Away", "Colors", "No Giving Up" dan "The Unknown".

Dido - Life for Rent [Digipak reissue]

Ni antara koleksi bebas logam yang ku minati. Dido, seorang penyanyi kelahiran British yang meraih nama tersendiri dipersada seni arus perdana berikutan sample lagunya yang telah digunakana oleh Eminem dalam single terbesar rapper kulit putih tersebut berjudul 'Stan'. Chorus yang dipakai atu adalah berasal dari lagu 'Thank You' nyanyian Dido. Ekoran pendedahan yang mengejutkan ani, Dido pula mendapat tempat dihati para pendengar kerana suaranya yang dalam tapi halus. Suaranya amat sesuai untuk music genre downtempo, trip hop dan pop yang memang sedari mula sudah sekata dengan irama Dido

Dido 'Life for Rent' keluaran semula berbentuk digipak.
Walaupun 'Life for Rent' inda sehebat album sulung Dido 'No Angel', tapi album itu tadi inda kurang jua bagusnya dari segi quality music, susunan melody dan irama serta nyanyian. Sudah setentunya lagu yang amat meninggalkan kesan dari album ani adalah 'White Flag' dan judul album nya sendiri iatu 'Life for Rent'.

Aku ada terbaca pasal album ni di Wikipedia. Info mengenai keluaran album ani ada menyebutkan digipak, jadi aku cuba carilah di eBay. Cari punya cari, akhirnya jumpa jua. Atu pun dikira pensenaraian persendirian (private listing) oleh seorang saudagar dari Australia. Sebulan lebih menunggu, penantian ku akhirnya terjawab dengan hadirnya album ni dalam koleksi ku hehe.. Aku pun inda ingat kalau ada aku uploaded albums Dido sebelum ani. Nanti la aku update lagi.

Triptykon - (2014) Melana Chasmata [Limited Edition Box Set]

Yeay!! Barang yang ku tunggu tunggu akhirnya sampai jua ke pangkuan ku dengan selamat. Terima kasih kepada roh gelap yang menolong aku seludup box set ni ke Brunei. Boleh dikatakan aku antara beberapa orang saja yang memiliki box set Melana Chasmata keluaran Prowling Death Records / Century Media Reocrds di negara ani.

Triptykon 'Melana Chasmata' box set, sebelum dibuka
Box set ani terhad kepada 2000 unit nomboran-tangan. Mulanya aku inda mau buka pasal sayang jua, tapi hati ni gatal, melonjak lonjak kan melihat sendiri isi kandungan box set ani (walaupun aku tau apa isinya). Oh, sebelum terlupa, album ni aku beli secara langsung dari Century Media.

Box (top left), cloth bag (top right), 3 postcards, 2 black candles, silver pendant (inda nampak), dan mediabook dan poster.
 Jadi, keluaran ani mengandungi dua batang lilin hitam berlambang 't', seutas rantai perak 't', tiga keping postcards, sekeping poster besar yang ditandatangan sendiri oleh lagenda logam berat dan hitam Tom G Warrior, sebuah beg kain bercetak 'Triptykon', dan album 'Melana Chasmata' berbentuk mediabook.

Inda rugi memilikinya! Mesti beli kalau minat Hellhammer / Celtic Frost!!
Sejujurnya aku belum pernah dengar music Triptykon tapi oleh kerana aku minat Hellhammer dan Celtic Frost, maka ada baiknya kalau aku mengikuti music Triptykon yang masih lagi didalangi oleh Tom G Warrior. Nantilah aku buka cd tu dan dengar sebab masa ani stereo ku dirumah rosak sudah.

Theatre of Tragedy - Album Utama Lengkap!

Sudah sekian lama aku inda update ini blog. Al maklumlah, aku pun sibuk jua kebelakangan ni dengan kerjaya dan kehidupan. Jadi pada hari Jumaat yang mulia lagi diberkati ini, aku akan cuba sedaya upaya untuk mengemaskini sebahagian dari barangan tegahan untuk dikongsikan sesama kita.
Koleksi album Theatre of Tragedy sekarang telah lengkap! Hehe
Theatre of Tragedy adalah antara kumpulan Gothic / doom yang cukup aku minati. Jadi inda hairanlah kalau aku berusaha sedaya upaya untuk mengumpul albums keluaran mereka semampu mungkin. Nah, sekarang lengkaplah sudah himpunan album utama kumpulan ani, termasuk satu DVD concert terakhir mereka yang cukup menyayat hati; pasal sekian lama mendengar dan meminati Theatre of Tragedy, memang sukar dipercayai mereka ni akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah selama lamanya.

Musique dalam bentuk digipak cd. Keluaran terhad istimewa Nuclear Blast
Album 'Musique' ni bukanlah yang terbaik dari Theatre, tapi sebagai pelengkap koleksi, album ni pun harus dimiliki oleh die hard fan, macam aku la haha.. Dengan Musique, ToT berubah arah secara drastic hingga menaikkan kemarahan dikalangan peminat peminat setia mereka, sehingga ada yang cuba boycott ToT atas alasan mereka inda lagi "trve". Sebenarnya album ni adalah yang terakhir ku miliki dalam usaha melengkapkan koleksi Theatre of Tragedy ku. Aku terpaksa beli cd ni dari seorang saudagar alam maya di Turkey! Punyalah jauh. Al kisah, bulan lepas aku cuba mencari Musique di eBay. Tiba tiba ada seller ni upload album yang ku cari dan sesiapa berminat dimestikan membuat tawaran harga. Tawar punya tawar, dan disebabkan aku saja seorang yang menawar, maka akhirnya aku jualah yang menang tawaran. Punyalah gumbira inda terkata aku dibuatnya kerana sudah jenuh aku mencarinya, tapi kini berjumpa jua. Macam sepasang kekasih yang sekian lama terpisah, akhirnya bertemu jua hahaha.