Arckanum bukan lagi satu nama yang asing dalam gerakan logam hitam bawah tanah. Seperti Burzum, Arckanum juga merupakan band perseorangan. Sebelum band ini ditubuhkan, ahli sulungnya iatu Shamaatae pernah menganggotai sebuah kumpulan logam kematian yang amat disegani dan berpengaruh lewat era 80an yang dikenali sebagai Grotesque. Selepas terkuburnya Grotesque, Shamaatae, atau nama sebenar beliau Johan Lahger, menyandang jawatan sebagai kaki pukul untuk kumpulan Sorhin. Hanya dalam tahun 1992 Lahger mula membangkitkan Arckanum; sebuah band logam hitam yang menumpukan konsep pada aliran kesyaitanan anti-cosmic dan fahaman Chaos-Gnostic. Bagi kita disebelah sini memang sedia maklum dengan kesukaran dalam memahami apa sebenarnya Chaos-Gnostic ini. Secara ringkasnya, ia adalah satu system kepercayaan dimana kekuatan fikiran itu digunakan sepenuhnya dan kepercayaan ini dalam sendirinya adalah alat bagi mencapai tujuan kesedaran diri yang maha agung. Pendek kata, Chaos adalah sulingan dari beberapa jenis cabang kepercayaan rohani yang wujud didunia ini. Hakikat sebenarnya, rungkaian fahaman ini memang cukup rumit untuk dijelaskan.
![]() |
| Sisi belakang gatefold serta selitan lirik |
Dari segi music, Kostogher dilengkapi dengan jampi jampi serapah serta sihir kegelapan yang mengasyikkan. Pada runutan pertama (Skoghens Minnen Vækks), jelas kedengaran suara Shamaatae yang separuh menjerit ketika membaca segala mentera sebelum drums mula menggoncang suasana yang sedari tadi agak sedikit tenang dengan upacara pemujaan. Vokal Lahger tidaklah setinggi mana namun jeritannya yang ganas membuatkan album ini cukup menarik secara keseluruhan. Dia juga menggunakan suara bersih atau nyanyian yang diselang selikan antara pekikan alam ghaib. Kerja kerja penghasilan album ini memang sesuai bagi kategori logam hitam; guitar sedikit rendah pada adunan tetapi mempunyai nada yang tinggi tanpa menjadi terlalu tajam. Shamaatae juga seorang tukang pukul yang mahir dalam bidangnya; ketukan drums amat pantas terutama sekali pada bahagian pukulan bingar (blast beat). Tambahan pula, Shamaatae kerap menggunakan hi hat berbanding lonceng (bell ride) yang menambahkan ilusi kecepatan pada serangan ganas beliau. Kalau untuk music sebegini, tidak perlu kita membicarakan tentang bass guitar kerana alat ini sering saja tenggelam didalam adunan kerana ia cuma mengikut rhythm secara tertib. Tremolo pick juga digunakan sewajarnya dalam mencetuskan lingkaran kejahatan disekeliling album ini. Shamaatae juga secara senghaja merendahkan adunan keseluruhan album ini kerana dia mahu pendengar meninggikan volume yang akan dikejutkan dengan dentuman guruh pada akhir lagu pertama.
![]() |
| Dua keping cakera gambar (picture disc) sisi A |
Versi album yang berada dalam simpanan ini ialah keluaran semula 2010 melalui Hammer of Hate, satu label yang telah ditamatkan perkhidmatannya tahun lepas kalau tidak silap. Ia hadir dalam dua keping picture disc 12" yang terselit kemas didalam gatefold berlubang potong-mati (die-cut) berserta sekeping sisipan lirik yang boleh dibuka menjadi poster pandangan darat (landscape). Dakwat cetakan adalah berwarna perak dan keluaran ini terhad kepada 888 salinan sahaja! Semua logo, lukisan pensil dan tulisan tangan adalah hasil karya Shamaatae. Tongkat yang kamu nampak disini juga telah dipersiapkan oleh Shamaatae sendiri; ia telah mengambil masa dua minggu untuk Shamaatae memateri kesemua sigils, jampi mantera, dan gambar ke permukaan tongkat tersebut. Ini orang memang sinting haha!
Buitran lanjut:
- Catalogue Number: HOH 031
- Dua keping picture disc dalam gatefold potong-mati serta sisip lirik
- Terhad kepada 888 salinan
- Tempat dihasilkan: Finland
Beli disini!



No comments:
Post a Comment