Saturday, 26 July 2014

Archgoat - (2010) The Aeon of the Angelslaying Darkness [Die Hard Double LP / Double CD]


Di hari Jumaat yang mulia ini, mari kita membangkitkan kemarahan pada individu individu yang tersemat dalam hati mereka rasa ketidakpuashatian, cemburu dan iri hati serta keinginan untuk mendahului orang lain. Tanpa membuang masa, dipersilakan Archgoat 'The Aeon of the Angelslaying Darkness' untuk tampil dihadapan pancaindera kalian! Keluaran susah-mati Debemur Morti Productions ini menyembahkan himpunan lagu lagu Archgoat dari awal kewujudan mereka hingga ke hari ini. Mereka ini adalah sebuah band yang tersohor dipersada arus bawah tanah kerana kekejaman iramanya yang mencabuli, meliwat, memperkosa, memancutkan air mani pada setiap rongga Virgin Mary serta penyembelihan Jesus Christ sambil menyeru keagungan Iblis. Ya. Sedari mula Archgoat ditubuhkan, mereka tidak pernah berubah dari segi penyampaian music, pesanan pesanan kotor, nista lagi terkutuk. Tambahan pula, kedegilan mereka inilah juga yang menarik ramai peminat untuk mendekati music mereka dengan lebih terperinci.

Sisi belakang. Slipcase (kiri) dicetak timbul dengan lambang salib terbalik besar. Digibook (kanan) menunjukkan senarai lagu lagu yang terdapat didalam kompilasi
Keluaran ini sangat istimewa buat pengumpul dan peminat Archgoat kerana ia mengandungi dua keping vinyl merah berpercik hitam dan dua keping cakera padat hitam polycarbonate. Keduanya mengandungi runutan lagu yang sama. Digibook pula mengandungi banyak gambar gambar lama dan baru Archgoat, siri temubual serta penjelasan dari anggota kumpulan mengenai fahaman Archgoat. Curiga akan kandungan digibook ini? Mari kita tengok isinya!

Lembaran pertama. Menampilkan karya seni Chris Moyen a.k.a. Thorncross.
Music yang dirakamkan oleh Archgoat bukanlah untuk didengar oleh orang yang mempunyai masalah jantung mahupun masalah mental. Tidak perlulah aku jelaskan kenapa. Keluaran ini telah dijual kepada ku dari seorang kepala logam veteran tempatan. Pada mulanya aku cuba menawarnya dengan harga yang, bila aku kenang semula, memang tidak berpatutan dengan nilai dan kualiti kompilasi ini. Akhirnya, aku memutuskan untuk membelinya dengan harga yang sangat masuk akal kerana bukan senang untuk membawa masuk benda sebegini ke negara kami. Memandangkan betapa susahnya dia cuba menyelamatkan keluaran ini dari terbiar begitu saja, ia berpindah milik ketangan ku kerana Archgoat adalah salah satu kumpulan logam kematian hitam yang amat ku minati.

Muka dua dan tiga. Tahun permulaan.
Kerja penghasilan dan rakam-semula kompilasi ini cukup tajam. Lagu lagu lama Archgoat dari zaman demo tapes seawal 1991 menunjukkan evolution music kumpulan ini. Secara amnya, tidak banyak perubahan dalam penyampaian. Mereka tetap berkeras untuk mencipta lagu lagu sebagaimana zaman penubuhan (atau persetubuhan, dengan kambing hitam) pada tahun 1989.

Empat dan lima
Add caption
Add caption
Enam dan tujuh
Lapan dan sembilan, menunjukkan himpunan tarikh tarikh tour serta risalah berkaitan persembahan dan promosi
Sepuluh dan sebelas. Lanjutan temubual serta gambar gambar yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini.


Seterusnya, biar gambar berbicara


Black polycarbonate disc

Butiran lanjut:
- Catalogue number: DMP0061
- Black polycarbonate disc x2
- Red splatter vinyl x2
- Keluaran: Debemur Morti Productions


Wednesday, 2 July 2014

Arckanum - (1997) Kostogher [Double Picture Disc on Gatefold]


Arckanum bukan lagi satu nama yang asing dalam gerakan logam hitam bawah tanah. Seperti Burzum, Arckanum juga merupakan band perseorangan. Sebelum band ini ditubuhkan, ahli sulungnya iatu Shamaatae pernah menganggotai sebuah kumpulan logam kematian yang amat disegani dan berpengaruh lewat era 80an yang dikenali sebagai Grotesque. Selepas terkuburnya Grotesque, Shamaatae, atau nama sebenar beliau Johan Lahger, menyandang jawatan sebagai kaki pukul untuk kumpulan Sorhin. Hanya dalam tahun 1992 Lahger mula membangkitkan Arckanum; sebuah band logam hitam yang menumpukan konsep pada aliran kesyaitanan anti-cosmic dan fahaman Chaos-Gnostic. Bagi kita disebelah sini memang sedia maklum dengan kesukaran dalam memahami apa sebenarnya Chaos-Gnostic ini. Secara ringkasnya, ia adalah satu system kepercayaan dimana kekuatan fikiran itu digunakan sepenuhnya dan kepercayaan ini dalam sendirinya adalah alat bagi mencapai tujuan kesedaran diri yang maha agung. Pendek kata, Chaos adalah sulingan dari beberapa jenis cabang kepercayaan rohani yang wujud didunia ini. Hakikat sebenarnya, rungkaian fahaman ini memang cukup rumit untuk dijelaskan.

Sisi belakang gatefold serta selitan lirik
Dari segi music, Kostogher dilengkapi dengan jampi jampi serapah serta sihir kegelapan yang mengasyikkan. Pada runutan pertama (Skoghens Minnen Vækks), jelas kedengaran suara Shamaatae yang separuh menjerit ketika membaca segala mentera sebelum drums mula menggoncang suasana yang sedari tadi agak sedikit tenang dengan upacara pemujaan. Vokal Lahger tidaklah setinggi mana namun jeritannya yang ganas membuatkan album ini cukup menarik secara keseluruhan. Dia juga menggunakan suara bersih atau nyanyian yang diselang selikan antara pekikan alam ghaib. Kerja kerja penghasilan album ini memang sesuai bagi kategori logam hitam; guitar sedikit rendah pada adunan tetapi mempunyai nada yang tinggi tanpa menjadi terlalu tajam. Shamaatae juga seorang tukang pukul yang mahir dalam bidangnya; ketukan drums amat pantas terutama sekali pada bahagian pukulan bingar (blast beat). Tambahan pula, Shamaatae kerap menggunakan hi hat berbanding lonceng (bell ride) yang menambahkan ilusi kecepatan pada serangan ganas beliau. Kalau untuk music sebegini, tidak perlu kita membicarakan tentang bass guitar kerana alat ini sering saja tenggelam didalam adunan kerana ia cuma mengikut rhythm secara tertib. Tremolo pick juga digunakan sewajarnya dalam mencetuskan lingkaran kejahatan disekeliling album ini. Shamaatae juga secara senghaja merendahkan adunan keseluruhan album ini kerana dia mahu pendengar meninggikan volume yang akan dikejutkan dengan dentuman guruh pada akhir lagu pertama.

Dua keping cakera gambar (picture disc) sisi A
Versi album yang berada dalam simpanan ini ialah keluaran semula 2010 melalui Hammer of Hate, satu label yang telah ditamatkan perkhidmatannya tahun lepas kalau tidak silap. Ia hadir dalam dua keping picture disc 12" yang terselit kemas didalam gatefold berlubang potong-mati (die-cut) berserta sekeping sisipan lirik yang boleh dibuka menjadi poster pandangan darat (landscape). Dakwat cetakan adalah berwarna perak dan keluaran ini terhad kepada 888 salinan sahaja! Semua logo, lukisan pensil dan tulisan tangan adalah hasil karya Shamaatae. Tongkat yang kamu nampak disini juga telah dipersiapkan oleh Shamaatae sendiri; ia telah mengambil masa dua minggu untuk Shamaatae memateri kesemua sigils, jampi mantera, dan gambar ke permukaan tongkat tersebut. Ini orang memang sinting haha!

Buitran lanjut:
- Catalogue Number: HOH 031
- Dua keping picture disc dalam gatefold potong-mati serta sisip lirik
- Terhad kepada 888 salinan
- Tempat dihasilkan: Finland

Beli disini!

Tuesday, 1 July 2014

Demonical - (2013) Darkness Unbound [Limited Edition First Press Slipcase Digipak]


Demonical ditubuhkan oleh bekas ahli ahli Centinex yang ingin menyalurkan creativity masing masing dalam logam kematian. Mujurlah band ini masih mampu menyampaikan logam kematian yang kukuh lagi hebat. Dengan Darkness Unbound, band ini sekali lagi mempiawaikan bunyi logam kematian Sweden yang dapat dikenali melalui tanda niaga gergaji bulat (buzz saw) yang memang sudah lazim bagi kumpulan logam yang datang dari negara Scandinavia ini. Persembahan music dalam album ini cukup memberangsangkan. Setiap peralatan dapat didengar dengan jelas sekaligus menambahkan lagi nilai nilai jelek yang sememangnya synonym dengan music sebegini. Ini adalah salah satu sebab kenapa peminat logam terlampau harus mengambil masa untuk menerokai kumpulan kumpulan yang bermain music keras. Versi dalam simpanan adalah salinan terhad pertama digipak didalam slipcase yang mempunyai dua lagu tambahan. Digipak keluaran Cyclone Empire ini memang mempunyai kualiti yang bagus dan memang padan untuk dijadikan koleksi. Mari kita tengok siapa yang kena!

Slipcase (kiri) dan digipak (kanan) dengan artwork asal
Digipak dibuka menunjukkan booklet tersimpan didalam pocket (kiri), artwork tambahan (tengah) dan CD (kanan). Diatas adalah slipcase sisi belakang.
Digipak sisi belakang dengan CD dan booklet diasingkan
Butiran lanjut:
- Catalogue Number: CYC128-0
- Digipak dalam slipcase + 2 lagu bonus
- Barcode: 4046661300222
- Matrix / Runout: arvato 55594933/CYC128-0 21
- Tempat dihasilkan: Germany

Beli disini!

Wrathprayer - (2012) The Sun of Moloch: The Sublimation of Sulphur's Essence Which Spawned Death and Life


Berapa punya panjang la nama albumnya ni. Wrathprayer adalah sebuah kumpulan logam hitam kematian yang membawakan konsep kematian, kegelapan dan ilmu ghaib. Music yang dipersembahkan sedikit perlahan dan jarang menggila hingga ke tahap kedurjanaan. Untuk mengimbangi hal ini, Wrathprayer menggalas gugusan music mereka dengan ciri ciri pemujaan makhluk halus yang menggerunkan. Petikan guitar melelaskan dipadu dengan dentuman drums yang membelah bumi yang darinya merangkak keluar pelbagai spesis haiwan berbisa dalam usaha mencari umat manusia untuk dibunuh. Malang sekali, kekuatan vocal kumpulan ini kurang menyerlah, tidak seperti yang dijangkakan. Sungguh pun demikian, ini sama sekali tidak menjejaskan kejahatan yang digetarkan melalui irama mistik Wrathprayer. Album ini pada mulanya dikeluarkan dalam bentuk piring hitam 12". Ia mula dikeluarkan semula dalam bentuk cakera padat pada February 27 2013. Pendek kata, bagi mereka yang meminati logam berbaur misteri dan keghaiban, Wrathprayer akan memakbulkan doa kalian dengan lagu lagu mereka.

Butiran lanjut:
- Catalogue Number: ANTI-GOTH 206 (Nuclear War Now! Productions) / COMMAND 005 (Ross Bay Cult)
- Terhad kepada: 1000 salinan
- Matrix / Runout: 8258 - ANTI206 020813
- Mastering SID Code: IFPI LT05
- CD dalam jewel case
- Terbitan bersama Nuclear War Now! Productions dan Ross Bay Cult
- Tempat dihasilkan: United States of America

Wrathprayer juga menggunakan abjad Hebrew untuk membuktikan betapa ilmu ghaib itu telah wujud dari zaman dahulu kala.
 Beli disini!

Burzum - (1994) Hvis Lyset Tar Oss [Reissue]


Koleksi logam hitam tidak akan lengkap tanpa diselitkan dengan album album Burzum. Band ini didalangi oleh tidak lain tidak bukan, Varg Vikernes, yang suatu ketika dahulu pernah menjalani hukuman penjara selama 21 tahun ekoran tindakannya membunuh seorang lagi pemuzik rapat iatu Øystein Aarseth pada August 10 1993. Hvis Lyset Tar Oss adalah album ketiga Burzum yang seringkali menambat hati para peminat susah-mati logam hitam kerana kemampuannya untuk mencetuskan suasana tandus berangin sepoi sepoi bahasa lagi dingin. Ia juga membangkitkan perasaan keterpencilan bagi sesiapa yang terjebak didalam kancah music yang dikaryakan oleh Vikernes lantaran susunan melodi begitu mudah, beterus terang, dan memukau. Dalam album ini, lagu pada runutan pertama (Det Som En Gang Var) sememangnya sudah terang lagi bersuluh adalah antara seni music yang terhebat pernah diciptakan dalam sejarah logam hitam. Cuba perhatikan karya seni pada kulit album ini; ia adalah iktisar bagi intipati kandungan Hvis Lyset Tar Oss secara keseluruhan. Cuma ada empat lagu dalam album ini, termasuk satu instrumental yang berfungsi sebagai ubat bius bagi mereka yang mengalami masalah insomnia. Namun begitu, kesan yang ditinggalkan oleh keempat empat lagu amatlah mendalam. Penggunaan keyboard atau synthesiser tidaklah begitu mempengaruhi alunan melodi, tapi pada Det Som En Gang Var, keyboard digunakan untuk menyerlahkan suasana kesepian yang mendayu dayu; salah satu kenapa album ini merupakan yang terbaik pernah dirakamkan oleh Burzum. Versi dalam simpanan ku ini adalah keluaran semula pada bentuk gatefold digipak dengan lirik dan maklumat dicetak pada panel. Lirik pula terdapat dalam dua bahasa iatu German dan bahasa ibunda Varg Vikernes, Norwegian. Aku akan berusaha sedaya mungkin untuk mengumpul semua album Burzum dalam masa terdekat. Hehe..

Butiran lanjut:
- Catalogue Number(s): AMAZON 001 (Misanthropy Records) / EYE 002 (Cymophane Productions)
- Matrix / Runout (Variant 1): DADC (logotype) A0000018966-0101 21 A2
- Matrix / Runout (Variant 3): DADC Austria (logotype) A0000018966-0101 21 A1
- Matrix / Runout (Variant 4): DADC AUSTRIA (logotype) AMAZON001 13 A0
- Mastering SID Code (Variant 1): IFPI L555
- Mastering SID Code (Variant 2): IFPI L551
- Mastering SID Code (Variant 4): IFPI L553
- Mould SID Code (Variant 1): IFPI 94Y7
- Mould SID Code (Variant 2): IFPI 94B3
- Mould SID Code (Variant 3): IFPI 94C5
- Mould SID Code (Variant 4): IFPI 948B
- Mould SID Code (Variant 5): IFPI 94K5
- Digipak 6 panel

Digipak 6 panel
Sisi belakang.
 Beli disini!

Samael - (1994) Ceremony of Opposites [First Press]


Dalam usaha kita mencapai kesempurnaan koleksi, Samael 'Ceremony of Opposites' adalah salah satu rukun yang wajib dilaksanakan pemilikannya.. haha. Ya. Kalau aku inda silap, inilah album Samael yang pertama kali aku dengar dalam tahun 1996. Masa tu aku kecik masih. Oleh sebab abang abang aku memang minat music logam berat terutama sekali logam kematian dan hitam, maka amat mudah bagi ku untuk mencuri dengar lagu lagu yang mereka minati ketika itu. Kumpulan Samael juga adalah salah satu bands yang menarik roh ku untuk meneroka dunia tanpa warna diselubungi kegelapan abadi. Baiklah, sekarang mari kita bicara tentang music yang dihasilkan Samael dalam album ketiga mereka ini. Tanpa membuang masa, Samael terus melancarkan serangan ganas melalui lagu pertama 'Black Trip' dengan paduan bass drums yang bertubi tubi sambil digalas oleh hirisan rhythm yang menggigit hingga ke tulang sum sum. Lebih menarik lagi, gitar bass cukup nyaring hinggakan aku tidak akan melepaskan peluang untuk menyenandungkan gema bass indah yang memberi ketagih! (Dengarkan saja lagu Mask of the Red Death). Susunan riff dan alunan melodi juga langsung tidak mempunyai sebarang ruang untuk kecacatan; segalanya dihasilkan dengan cukup sempurna! Bermula dari album ini, Samael mula menggabungkan ciri ciri electronic dan industrial menggunakan synthesiser atau keyboard. Bagi peminat band ini, salah satu lagu yang memang menjadi kewajiban untuk didengar adalah 'Baphomet's Throne' lantaran alunan irama yang berat lagi beralur (groovy). Keluaran ini juga menyaksikan Samael menyelitkan sample karya Aleister Crowley untuk menambah suasana dingin dan kehitaman pada music mereka. Perlu dimiliki selagi nyawa dikandung badan!

Butiran lanjut:
- Catalogue Number: 77064-2
- CD dalam jewel case
- Barcode (Printed): 7 277017 706420
- Barcode (Scanned): 7277017706420
- Matrix / Runout (Variant 1): Sonopress [Logo] V-1563/ 77064-2 B
- Mastering SID Code (Variant 1): IFPI L0 30
- Mould SID Code (Variant 1): IFPI 0784
- Matrix / Runout (Variant 2): Sonopress [Logo] V-1563/ 77064-2 A
- Mastering SID Code (Variant 2): IFPI L 024
- Mould SID Code (Variant 2): IFPI 0715

  
Beli disini!

Envenom - (2008) Christfukk


Mungkin ramai yang kurang mengetahui kumpulan logam hitam Envenom yang berasal dari Malaysia dan pernah dianggotai oleh BlackBlood Debauchery of Blasphemy (Thorns of Hate, Impious Blood). Band ini tidak mempunyai sebarang album melainkan tiga keluaran sahaja. Pun begitu, jumlah setiap rilisan adalah terlampau terhad. Christfukk adalah EP band tersebut yang dirakamkan secara exclusive pada piring hitam 7" berkelajuan 45 pusingan seminit. Dari segi music, Envenom sebenarnya mempunyai potensi yang jika digilap bersungguh sungguh, akan memartabatkan scene logam terlampau Malaysia. Audio yang dijurutera khas oleh Baphogoat Sadomaso of Unholy Satanik Fornikator (apa punya nama lah...) tidak mempunyai secebis rasa belas kasihan terhadap deria pendengaran. Gitar yang sedia menggempita telah ditolak semaksima mungkin pada adunan sebagaimana dengan drums yang menggegarkan lagi suasana yang sedia bingit. Bertemakan pencemuhan dan kemeluatan pada apa saja bentuk dakyah keugamaan terutama sekali Christianity, Envenom telah mengambil satu langkah kehadapan dengan menggambarkan Jesus Christ sebagai seorang penagih dadah. Tidak cukup dengan makian dan kejian yang kotor, kumpulan ini pula melabelkan Jesus sebagai seorang pengamal seks sejenis luar tabii. Dahsyat. Cukup dahsyat. Memang mereka ni dah bosan hidup agaknya..haha. Ini ditambah pula dengan lirik yang secara terperinci menyasarkan kebencian serta kebinasaan menyeluruh pada kaum Yahudi. Pesanan pesanan biadap dan songsang ini disampaikan dengan penuh bertenaga tanpa sekelumit pun rasa perikemanusiaan dari Adlan BlackBlood. Apa yang pasti, ini adalah salah satu keluaran melalui Iron Bonehead Productions yang tersendiri, unik dan unggul. Vinyl ini terhad kepada 500 salinan penomboran-tangan sahaja dan disertakan dengan sekeping tampung (patch) seperti yang terpapar dalam gambar diatas. EP dalam simpanan ini adalah yang ke 058 / 500.

Kulit belakang Christfukk. Side B dan patch.
Butiran lanjut:
- Catalogue Number: IBP 036
- Vinyl 7" berkelajuan 45 rpm
- Dua sisi (A dan B)
- Patch
- Tempat dihasilkan: Germany
Envenom - Christfukk. Total anti-religious warfare...
Beli disini!

Evanescence - (2011) Evanescence [Deluxe Edition]


Hari ni aku paparkan sesuatu yang bukan dari gaya logam berat tapi punya sedikit element berbaur keberatan dipersada arus perdana. Album ketiga Evanescence yang juga dinamakan selepas kumpulan tersebut merupakan koleksi mereka yang pertama dalam simpanan ku. Fallen dan The Open Door masih lagi dalam proses pembelian secara online. Untunglah aku rembat album ni di salah sebuah gedung perniagaan di sekitar daerah kediaman ku. memandangkan CD pasaran di Brunei memang teruk; dah lah merchandise bawah tanah memang amat mustahil untuk dijual disini, hatta yang arus perdana pun susah mau cari. Atu la sebabnya, bagi peminat susah-mati batu dan logam (haha!), setiap CD dan merchandise yang diperolehi serta dimiliki amatlah berharga. Kenapa? Kerana dirimu begitu berharga...hahaha nadalah. Sedangkan genre electronic pun seolah tidak dapat menembusi pasaran CD di Brunei. Okay. Jadi album ni adalah salinan pertama (first pressing) dalam bentuk CD dan DVD yang tersimpan kemas didalam "dual-pocket digisleeve". Dari segi music, memang aku terkejut sikit la; mula mula aku anggap Evanescence akan menukilkan lagu lagu yang terlalu "cawer" atau seratus peratus untuk dikumandangkan dicorong corong radio seluruh dunia. Akan tetapi, "kau silap, Roy" mungkin satu ungkapan yang boleh menjelaskan betapa silapnya aku. Album terkini mereka telah disusun rapi dengan alunan music yang segar, sesegar payudara Amy Lee yang mekar lagi menggiurkan. Drums telah ditingkatkan dari segi ketepatan, kepelbagaian rhythm, dan pukulan yang penuh bertenaga; suatu pencapaian yang baik buat Evanescence. Seperti biasa, gitar adalah mengikut piawaian Gothic rock yang sekali sekala menerjah ke medan logam berat tanpa menderanya dengan berlebihan. Begitu juga dengan bass yang memberikan penghujung berat dan gema music secara keseluruhan. Penggunaan synthesiser, piano besar dan keyboard juga diberi fokus utama tanpa perlu menenggelamkan peralatan yang lain; ianya sentiasa berada dihadapan, namun tidak semua lagu didalam album ini yang terlalu bergantung pada keyboard dan piano.

Tulang belakang digisleeve
Bagaimana pula dengan suara dan nyanyian Amy Lee? Kalau pada album pertama dan kedua, adakalanya suara Amy bagai diperkosa dan diliwat oleh electronic effects yang berlebihan, tapi pada album ini dia membawakan setiap lagu tanpa gangguan mana mana pihak yang sekaligus memudahkan Amy untuk memberikan nyanyian yang terbaik. Ah, bahagian DVD pun cukup menarik bagi para peminat Evanescence seperti diriku. Kita dapat menonton disebalik tabir pembikinan album ketiga mereka yang terdiri dari temubual bersama anggota kumpulan, kepada sesi bergambar, sesi penggambaran video untuk single sulung 'What You Want', dan penghuraian setiap tajuk lagu secara ringkas oleh Amy Lee. Memang inda rugi beli bagi ku. Atu pun kalau minat, kalau inda minat, sakap pun sik guna haha... Tambahan, versi ani ada banyak lagu bonus yang tidak terdapat dalam keluaran jewel case.Satu masalah berkenaan rekabentuk digisleeve ni, ia tidak practical untuk dibawa dan dimainkan dalam pemain CD kereta. Ini berpunca dari pocket yang menyembunyikan CD dari dikeluarkan secara biasa (digisleeve ini tidak mempunyai spindle teeth dan dulang). Jadi, kalau mau dengar CD ni, mesti berhenti terlebih dulu, korek dari pocket, baru la dapat diputarkan didalam pemain CD kereta. Begitu juga halnya jika mahu memasukkan semula kedalam digisleeve, memang susah. Tapi secara keseluruhan, Evanescence adalah album terbaik mereka dan wajib dimiliki oleh individu yang meminati music yang penuh makna.

Butiran lanjut (CD):
- Barcode (Printed): 5 099967 888023
- Barcode (String): 5099967888023
- Matrix / Runout: manufactured by optimal media production 6788812 AB50625-01
- Mastering SID Code (CD): iƒpi L571
- Mould SID Code: IFPI 9743
- CD dalam pocket digisleeve

Butiran lanjut (DVD):
- Matrix / Runout: manufactured by optimal media production DB50292-01 6788809
- Mastering SID Code: ifpi L573
- Mould SID Code (DVD, Variant 1): IFPI 9749
- Mould SID Code (DVD, Variant 2): IFPI 9747
- Kumpulan Hak Cipta: SDRM/Biem
- Label Code: LC 00637
- DVD dalam pocket digisleeve

DVD (kiri) dan CD (kanan) serta digisleeve dan booklet
Beli disini!