Monday, 30 June 2014

Gorgoroth - (1994) Pentagram


Para penggemar karya J.R.R.Tolkien pasti pernah terbaca tentang satu tempat didalam trilogi Lord of the Rings yang dipanggil 'Gorgoroth'. Nama ini kemudiannya telah diambil oleh gerombolan pemuda dari Norway yang khusyuk bermain music logam hitam. 'Pentagram' adalah album pertama Gorgoroth dan merupakan salah satu rakaman yang wajib dimiliki oleh peminat susah-mati logam terlampau. Dari awal sampai habis, setiap lagu yang dipersembahkan adalah sangat pekat dengan segala resepi yang menyumbang kepada album logam hitam yang sempurna. Dari petikan gitar yang bingit tapi beralunan kejam, hingga ke pukulan dram padat dengan blast beats serta pedal ganda, kepada nyanyian Hat yang bersuara terkutuk seperti Iblis, kehebatan Pentagram memang sukar untuk ditandingi oleh pendatang baru hatta Gorgoroth sendiri kerana amat sukar bagi sesiapa untuk mengorak langkah dan menyadur semula apa yang telah dinukilkan oleh Infernus. Versi simpanan ku ini adalah keluaran 2007 melalui Regain Records. Ia hadir dalam bentuk CD jewel case dan booklet yang boleh dibuka menjadi poster. Oh, janganlah bersusah payah nak cari lirik kepada setiap lagu karya Gorgoroth kerana menurut Infernus, manusia selain dirinya dan rakan seangkatan adalah tidak layak untuk memahami isi kandungan lagu lagu mereka, kerana manusia amnya adalah terlalu bodoh untuk berfikir. Itu pendapat Infernus, hehe.

Butiran lanjut:
- Catalogue Number: REG-CD-1034
- CD dalam jewel case
- Booklet dibuka kepada poster
- Tempat dihasilkan: Sweden

Beli disini!

No comments:

Post a Comment