Monday, 30 June 2014

Gorgoroth - (1994) Pentagram


Para penggemar karya J.R.R.Tolkien pasti pernah terbaca tentang satu tempat didalam trilogi Lord of the Rings yang dipanggil 'Gorgoroth'. Nama ini kemudiannya telah diambil oleh gerombolan pemuda dari Norway yang khusyuk bermain music logam hitam. 'Pentagram' adalah album pertama Gorgoroth dan merupakan salah satu rakaman yang wajib dimiliki oleh peminat susah-mati logam terlampau. Dari awal sampai habis, setiap lagu yang dipersembahkan adalah sangat pekat dengan segala resepi yang menyumbang kepada album logam hitam yang sempurna. Dari petikan gitar yang bingit tapi beralunan kejam, hingga ke pukulan dram padat dengan blast beats serta pedal ganda, kepada nyanyian Hat yang bersuara terkutuk seperti Iblis, kehebatan Pentagram memang sukar untuk ditandingi oleh pendatang baru hatta Gorgoroth sendiri kerana amat sukar bagi sesiapa untuk mengorak langkah dan menyadur semula apa yang telah dinukilkan oleh Infernus. Versi simpanan ku ini adalah keluaran 2007 melalui Regain Records. Ia hadir dalam bentuk CD jewel case dan booklet yang boleh dibuka menjadi poster. Oh, janganlah bersusah payah nak cari lirik kepada setiap lagu karya Gorgoroth kerana menurut Infernus, manusia selain dirinya dan rakan seangkatan adalah tidak layak untuk memahami isi kandungan lagu lagu mereka, kerana manusia amnya adalah terlalu bodoh untuk berfikir. Itu pendapat Infernus, hehe.

Butiran lanjut:
- Catalogue Number: REG-CD-1034
- CD dalam jewel case
- Booklet dibuka kepada poster
- Tempat dihasilkan: Sweden

Beli disini!

Brutality - (1994) When the Sky Turns Black


Lagi satu kumpulan logam kematian yang unggul ketika era ledakan music berat mula menggila dan merasuki setiap anak anak muda yang lemah iman ataupun yang langsung tidak mempunyai apa apa pegangan hidup selain dari sex, dadah, arak dan rock and roll. Seperti nama mereka, Brutality mempersembahkan mainan yang cukup kental dan padat bertenaga. Tanda niaga band ini adalah blast beat yang berat serta suara garau yang unik lagi menggentarkan. Dari segi riff, rhythm dan solo, Brutality memang lengkap bersenjatakan creativity dan pastinya tidak pernah membosankan walaupun selepas seribu kali didengar. Asalnya diterbitkan dalam tahun 1994, album yang berada dalam koleksi ku ini adalah keluaran semula pada May 19 2008 melalui Metal Mind Productions. Ianya telah dirakam semula pada cakera padat 'emas' menggunakan technology 24 bit dan hadir dalam bentuk digipak yang terhad kepada 2000 salinan bernombor. Seperti kebiasaan, jika berminat, silalah beli.

Butiran lanjut:
- Catalogue number: MASS CD 1169 DG
- Remastered pada gold disc menggunakan technology 24-bit
- Digipak dua-panel
- Barcode (Printed): 5 907785 032347
- Barcode (String): 5907785032347
- ASIN: B00187PMWU
- Tempat dihasilkan: Poland

Beli disini!

Digipak dua-panel. Booklet diselitkan didalam poket.

Impiety - (2002) Kaos Kommand 696


Adalah tidak wajar untuk ku memperkenalkan band ini kepada kamu semua. Impiety adalah satu nama yang gah dipersada logam hitam / kematian / thrash. Seringkali band ini dikaitkan dengan konsep anti agama yang jijik, keji, cabul, lucah, terkutuk, laknat, keparat, bangsat, bedebah, dan segala macam bentuk nista dan tohmah yang ada dalam suku kata peradaban manusia sedari Nabi Adam dan Siti Hawa dibuang dari syurga untuk menjalankan hukuman mereka sebagai khalifah di muka bumi ini. Walaupun hakikatnya Impiety memulakan hidup sebagai kumpulan logam hitam tegar, namun mereka mula mengubah arah dan haluan sebaik sahaja album kedua diterbitkan (Skullfucking Armageddon). Bermula dari album tersebut, Impiety terus melancarkan kempen keganasan anti agama berikutan rakaman Kaos Kommand 696 terbitan Osmose Productions dalam tahun 2002. Salah satunya, dan mungkin satu satunya band Melayu yang amat berjaya didalam arus bawah perdana. Album dalam simpanan ku ini adalah versi deluxe digipak dengan kulit depan yang berbeza dari keluaran biasa (jewel case). Ianya terhad kepada 4000 salinan dan mengandungi dua lagu bonus. Untuk mendapatkan album ini rasanya tidaklah begitu sukar kerana merchandise Impiety memang banyak bertaburan diseluruh dunia. Cuma perlu tahu dimana nak tengok..hehehe!

Butiran lanjut:
- CD dalam digipak
- Alternate artwork
- Barcode: 693723001524
- Matrix / Runout: Sony DADC A0100436549-0101 11 A1
- Mastering SID Code: IFPI L551
- Mould SID Code: IFPI 94Y7
- Kumpulan Hak Cipta: SACEM/SDRM/SACD/SGDL
- Label Code: LC 02406
- Tempat dihasilkan: France

Beli disini!

Neil Jordan - (1994) Anne Rice's Interview with the Vampire: The Vampire Chronicles


Haha... merchandise kali ini agak berbeza. Bukan audio CD tapi dua keping Laser Disc yang diwariskan kepada ku dari seorang sahabat seperjuangan. Malang sekali, pemain Laser Disc tidak lagi dijual kerana penghasilan format raksasa ni telah ditamatkan. Kini, Laser Disc ini menjadi barang antik yang amat jarang didapati apatah lagi dimiliki oleh ramai orang kerana kemajuan technology telah memudahkan manusia untuk menyumbat video dan lagu sebanyak yang mungkin kedalam iPhone, iPad, tab atau komputer riba dan cakera keras luaran. Generasi yang lahir dua tiga tahun lepas apabila dewasa tidak akan tahu bahawa Laser Disc ini adalah nenek kepada BluRay dan DVD.

Butiran lanjut:
- Dua 12" Laser Disc
- Tersimpan didalam 'gatefold' seperti 12" vinyl
- Dolby Digital Surround
- Widescreen

Tiada informasi urus niaga diperolehi bagi format ini!

Immolation - (2005) Harnessing Ruin


Mana mana kepala logam tegar pasti tidak akan dapat meninggalkan album album yang dirakamkan oleh Immolation. Sebagai salah sebuah band pelopor di arena logam kematian, Immolation memang satu nama yang disegani memandangkan kejituan music susunan mereka yang cuma mengalami sedikit perubahan sejak tahun 1988. Band ini dikenali dengan bunyi dan alunan "tanda niaga" yang tidak dapat ditiru oleh mana mana kumpulan di bumi yang kelam kabut ini. Namun, dengan Harnessing Ruin, para peminat ada yang menggaru kepala lantaran persoalan yang mengelabui tanggapan mereka yang agak terkejut dengan perubahan alunan yang agak tersasar dari acuan tradisi Immolation. Walau bagaimana pun, album ini bagi ku langsung tidak mempunyai ciri yang patut dijadikan titik tolak kekecewaan kerana setiap lagu mempunyai bahang nikmat yang tersendiri. Bermula dari Harnessing Ruin, Immolation mula menceburkan lirik dan matapelajaran mereka dalam jurang politik dan perperangan antara agama. Album milik ku ini adalah versi digipak 'gatefold' hitam dan cakera padat mengandungi music video untuk lagu 'Harnessing Ruin' sebagai promosi. Salah satu koleksi wajib!!

Butiran lanjut:
- Catalogue Number: POSH065
- Barcode: 3760053840653
- ASIN (Amazon Standard Identification Number): B0007NA1EA
- Matrix / Runout: deluxe POSH065LIMIT 01
- Lain lain: (Mould SID Code): IFPI HU01 / (Mastering SID Code): IFPI L135
- Kumpulan Hakcipta: BMI

Beli disini!

Denouncement Pyre - (2010) World Cremation


Sedia dimaklumi sebagai band yang agak tertimbus dibawah arus perdana. Dari segi susunan music, World Cremation mempersembahkan alunan yang sama seperti 'From the Devil's Tomb' akan tetapi Denouncement Pyre lebih cenderung untuk menyerlahkan sudut buas atau bestial. Akan tetapi, kumpulan ini tidak pernah membuat asakan berkecepatan machine gun. Sebaliknya, mereka lebih mengutamakan 'atmosphere' kejahatan, kegelapan, kebencian, kebinasaan dan pemujaan Iblis. Bagi mereka yang meminati logam hitam berbaur kematian dan thrash, Denouncement Pyre adalah salah satu kumpulan yang patut diberi perhatian serius. Dalam koleksi peribadi, album ini hadir dalam bentuk cakera padat digipak yang mengandungi dua tema warna yang bertentangan seperti yang dipaparkan dalam gambar diatas. Satu saja masalah yang aku hadapi dengan digipak ani ialah, booklet album selalu saja kan terpacul keluar dari poketnya. Bagi menangani hal ani, aku bungkus album ni dalam plastic khas untuk CD, jadi bila aku bawa dalam kereta pun, booklet nya inda akan gugur. Selain daripada atu, album ni memang bagus. Terhad kepada 1000 salinan saja!

Butiran lanjut:
- Catalogue number: HELLS 051
- Disc: HH2787 B0692B
- CD dalam digipak
- Tempat dihasilkan: USA

Beli disini!

Hellhammer - (2008) Demon Entrails [Compilation]


Antara koleksi berharga dalam simpanan peribadi. Hellhammer 'Demon Entrails' menampilkan himpunan lagu lagu terawal band ini melalui tiga rakaman terawal mereka, iatu "Satanic Rites", "Triumph of Death" dan "Death Fiend" yang kesemuanya diterbitkan sekitar tahun 1983. Versi ini hadir dalam bentuk double disc yang didakap oleh digibook eksklusif berserta sekeping poster. Kesemuanya disalut pula oleh slipcase istimewa yang menambah lagi ciri keluarannya. Keluaran bersama Century Media Records dan Prowling Death Records, digibook ini dipenuhi dengan tulisan dan karya alam kegelapan tanpa cahaya. Walaupun dari segi music, keluaran ini agak kasar dan bingit memandangkan lumrah band masa itu yang "papa kedana", tapi bagi peminat tegar logam hitam, double cd digibook ini adalah satu kemestian. Apa yang pasti, poseur memang inda akan menggamit rilisan ani sama sekali kerana tiadanya kejujuran dalam hati masing masing.

Butiran lanjut:
- Catalogue number: Century Media (9977392) / Prowling Death Records (PDR 009)
- CD (2 keping)
- Digibook disalut slipcase
- Sekeping poster
- Digibook mengandungi sejarah Hellhammer
- Tempat dihasilkan: Germany

Beli disini!

Weapon - (2010) From the Devil's Tomb


From the Devil's Tomb adalah antara album kegemaran peribadi. Sungguhpun lumrahnya band ni menista agama termasuk Christianity dan Islam, tapi dari segi music, Weapon memang satu senjata yang cukup ampuh lagi berbahaya bagi deria pendengaran. Album ani disaluti dengan alunan irama yang berselang seli antara keras dan mengasyikkan tapi natijahnya, From the Devil's Tomb memang hebat dan susunan music cukup creative. Versi yang ada dalam simpanan merupakan digipak keluaran Agonia Records. Jewel case juga dihasilkan melalui The Ajna Offensive dan double vinyl yang juga diterbitkan oleh Agonia Records. Koleksi wajib bagi peminat asli dan tegar logam hitam dan kematian.

Butiran lanjut:
- CD dalam digipak.
- Catalogue number: ARCD076
- Barcode: 4260141649667
- Tempat dihasilkan: Poland

Beli disini!

Katharsis - (2006) VVorldVVithoutEnd


Ini adalah salah satu daripada koleksi album Katharsis. Inda perlu la aku perkenalkan band ani kalau kamu memang peminat tegar music irama logam hitam. Ini adalah CD rasmi kedua dari tiga album utama Katharsis. Diterbitkan oleh Norma Evangelium Diaboli, album ini juga hadir dalam bentuk piring hitam (vinyl) berserta dua kulit depan (covers) berasingan (khas untuk LP sahaja). Kalau mau album ni, silalah beli. Jangan jadi penyamun yang cuma tau muat turun lepas tu burn ke CD-R, jual arah orang. Atu poseur namanya. Kalau minat, mesti beli. Inda minat, jangan peduli. Haha! Mudah difahami.

Butiran lanjut:
- Regular CD dalam jewel case.
- Matrix / Runout: GZ S71849 NEDCD010
- Mastering SID (Self Identification) Code: IFPI LD02
- Mould SID Code: IFPI 5J18

Beli disini! 

PERINGATAN: Saya tidak akan menerima sebarang permohonan untuk menempah mana mana merchandise. Sila laksanakan tempahan secara persendirian. Segala permasalahan yang timbul dalam proses jual beli online adalah diluar bidang kuasa DMC.

Selamat Datang, Wahai Pengumpul Harta Dunia!

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarrakatuh para pembaca alam maya semua dan selamat menunaikan ibadah puasa buat umat Islam amnya.

Jangan ambil serius la dengan tajuk blog pertama ni; kenyataannya, kita semua ingin memiliki lebih dari sesuatu dalam hidup jadi adakalanya bagus untuk bermuhasabah diri di bulan Ramadhan yang mulia lagi diberkati Allah ini.

Tujuan aku buat blog berasingan ani untuk berkongsi minat ku dalam mengumpul merchandise, terutama sekali music CDs dan DVD. Memandangkan di Brunei ni serba serbi la jua kan inda terdapat, ada baiknya kalau aku pertontonkan sebahagian dari harta karun yang berada dalam simpanan ku.. Haha!

Akhir kata, enjoy your Ramadhan. Jangan luan ditantang jubur sama susu bini bini atu kalau berjalan kan shopping di gerai hehehe. Dosa, tau!